SINAR HIDUP



Mengenal Sifat  Al-Hadi:Yang Maha Pemberi Petunjuk

' Tuhan kami adalah Tuhan yang memberi petunjuk kepada setiap penciptanya' Taha:3..

Dalam diri, setiap iman adalah perkara asas dan yang utama. Apabila manusia mengkehendaki petunjuk daripada Tuhannya, yakinlah Allah pasti memberikan petunjuk itu. Orang yang mendapat petunjuk mengetahui kebenaran, menghormati kebenaran dan menerima kebenaran... Mereka hanya mengatakan perkara yang benar, mereka ingin hidup dan mati dengan kebenaran, itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.

Al-Fudhail bin Iyadh berkata "Andaikan aku berkawan dengan seorang yang fasik TAPI indah budi pekertinya, maka aku lebih menyukainya daripada berkawan dengan seorang abid yang buruk budi pekertinya".

Nabi Muhammad menegaskan
" Budi yang luhur itu adalah kalung keredhaan Allah yang diikat pada leher dengan kukuh, untaiannya adalah rahmat yang terikat kukuh dalam lingkungan pintu syurga. Budi yang baik dapat dibawa ke mana saja dan akhirnya ia membawa ke syurga. Budi yang buruk juga ada kalung, tapi kalung kemurkaan Allah, yang dililitkan di leher dengan ikatan yang kukuh, rantainya adalah seksa ynag mungkin ke pintu syurga. Budi pekerti yang buruk itu akhirnya membawa ke neraka"

doa dan harapan...
Wahai Allah, Yang Maha Pemberi Petunjuk...
Bimbinglah aku supaya sentiasa berada lurus di jalanMu,
Jangan biarkan aku terus melangkah tanpa tujuan yang jelas...
Jangan jadikan hidupku sia-sia belaka... Amin Ya Tuhanku...





HatiKu




Hati yang SEDAR...
Firman Allah, maksudnya: Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar0 atau yang menggunakan pendengarannya bersungguh-sungguh ( kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya." (Surah Qaf 50:37)

Ya Allah, KURNIAKAN kepadaKu hati seprti ini...

Hati yang BERSIH...
Firman Allah, maksudnya:
'sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya-yang sedia bersih- bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)." (Surah as-Syams 91:9

Hati yang LURUS
Firman Allah, maksundnya: (Mereka berdoa dan berkata):
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, kurniakanlah kami limpah rahmat-Mu,sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-nya."
(surah Ali Imran 3:8)

dan Kau PELIHARA daripadaku hati ini...

Hati yang TERHIJAB (tertutup)

Firman Allah, maksudnya:
"Dan antara mereka ada yang mempendengarkan kepadamu (Al-Quran), padahal kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka tidak dapat mendengar)."
(Surah al-An'am 6:25)







hikmah mutiara kata "ibadah melulu tanpa usaha dunia"


memindahkan amalan zahir kepada amalan batin perlu kepada kesan yang nyata terhadap anggota lahir...

mafhum hikmah ini, kehendakmu berlepas diri daripada sebarang sebab yang Allah Swt wujudkan bagimu untuk mendampingi-nya, seperti mencari rezeki yang halal dan mencari ilmu yang zahir merupakan keinginan hawa nafsu yang tersembunyi...

sebaliknya, kehendakmu kepada asbab atau usaha untuk mendampingi Allah Swt yang masyghul (menyibukan) kamu daripada-Nya yang mulia. sedangkan Allah Swt telah menetapkan kurniaan-Nya kepadamu tanpa desakan, dan usaha merupakan kecundang himmah (cita-cita) yang tinggi kerana kembali daripada hak (Allah) kepada makhluknya merupakan serendah-rendah martabat, justeru akurlah dan redalah dengan kehendak Allah Swt terhadapmu.

iktibar daripada hikmah ini seperti firman Allah:"Dan katakanlah "Ya Tuhanku, masukanlah aku secara yang benar dan keluarkanlah aku (pula) secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong" (surah al-Isra':80)

semoga Allah Swt meletakkan kita di tempat yang paling mudah dan senang dalam meniti kehidupan di dunia yang membawa kepada kebahagiaan seterusnya.
Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud "Wahai sekalian manusia, jadikanlah takwa sebagai suatu perniagaan, nescaya rezeki akan datang kepad kamu tanpa modal dan niaga".
(Riwayat daripada Mu'az bin Jabal:Majma' al-Zawaid, Kanz al-Ummal)


SYARAH AL-HIKAM: bab 1,( hikmah 2)





Antara Tanda Bergantung Pada Amal

Syeikh Muhammad Nasirudin al-Albani berkata 'Sesiapa yang beramal dengan ilmu yang dipelajari nescaya Allah akan mewariskannya ilmu apa yang dia tidak ketahui."

mahfun hikmah ini, awasi diri daripada bergantung kepada reda Allah dan balasan yang dijanjikan kepadamu, tetapi bergantunglah kepada rahmat Allah dan kemuliaannya.

terdapat ahli al-tahkik berkata 'siapa yang sampai kepada hakikat islam nescaya tiada mampu untuk berpisah dengan amalan. Sesiapa yang sampai kepada hakikat iman nescaya tiada mampu berpaling kepada amal. Dan Sesiapa yang sampai kepada hakikat ihsan nescaya tiada mampu berpaling kepada yang lain selain Allah.'

perbuatan amal tentang hikmah ini, seperti firman Allah 'Masuklah syurga dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan di dunia dahulu.' (surah al-Nahl:32), hadis Rasulullah S.A.W, maksudnya "seseorang itu tidak dimasukan ke syurga dengan sebab amalanya.",
nukilan kata-kata sahibul jauharah tauhid: Allah memberi pahala kepada kita semata-mata kerana rahmat dan limpah kurnia-nya, Sebaliknya jika diseksa semata-mata keadilan-Nya.

Rabi'ah binti Ismail al-Adawiah, Ummu al-Khair, seorang wanita solehah yang masyhur daripada penduduk Basrah berkata, "Sembunyikan kebaikanmu seperti mana kamu sembunyikan keburukkanmu."

"Seseorang tidak akan dimasukkan ke syurga dengan sebab amalanya.' Sahabat bertanya; 'walaupun kamu, ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah S.A.W "Walaupun saya, melainkan dengan limpahan rahmat Allah SWT kepadaku." (Riwayat sl-Bukhari)

SYARAH AL-HIKAM: bab 1 (hikmah 1)


Mengenal Sifat Al-Sabur

Adakah perjalanan hidup yang ditempuh saat ini dapat dirintangi dengan penuh kesabaran dan keikhlasan???
Adakah hidup ini telah mengenaliNYa sebagai Al-Sabur sedalam-dalamnya di dalam jiwa dan sudut hati masing-masing serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita???...


Al-Qushairy mengatakan bahawa- Allah memiliki ukuran yang sempurna dalam segala sesuatu dan waktu yang sempurna-....

Syaikh Tosun Bayrakh Al-Jerahi telah menjelaskan Sifat ini dengan indah sekali dalam bukunya 'the Name and the named'. Dia dalam tindakannya, perlakuannya, dan perbuatannya kepada makhluknya, tidak ada yang lebih baik atau yang lebih teruk, yang lebih awal atau yang lebih lewat, yang lebih besar atau lebih kecil.... Dia tidak melakukan sesuatu dengan tertangguh atau gagal menyelesaikan masalah seperti manusia yang bersikap malas... Dia tidak tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu perkara seperti manusia yang tidak cermat...
Dia melakukan dengan waktu yang tetap dan tepat...