Tuesday, May 1, 2012

Bersahabatlah seperti Rantaian Tasbih

 
::Sahabat Selamanya::
Bukan senang untuk menghadapi hari-hari sendirian tanpa sahabat di sisi. Tetapi harus bijak memilih sahabat yang boleh menunjukkan jalan. Hidup tidak pernah lari daripada membuat pilihan dan keputusan, dan sahabat yang ada di sisi turut sama membantu. 

Sahabat yang baik pasti akan membawa kita pada jalan yang betul, jadi jangan merajuk jika sahabat menegur. Tidak semestinya dia berlagak mahu jadi orang baik dan usah terasa hati andai sahabat menasihati. Itu petanda dia mengambil berat urusan dunia dan insyallah akhirat kita.

'Sekiranya sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan.' Mulakan semula jalan kehidupan dengan bantuan sahabat yang sudi dan mahu membimbing dan menasihati kita. 

Semua daripada kita mengharapkan pertemuan bukan sahaja di dunia, bahkan sampai ke syurga. Jika Persahabatan kerana Tuhan berakhir disebabkan kematian, mereka dapat bertemu semula di akhirat. Jika Persahabatan itu dihijab dengan jarak yang jauh, mereka dekat kerana jambatan doa.

"Bina Persahabatan seperti dalam satu kaum keluarga, satu aqidah, 
satu hala tuju, satu tempat datang, satu pula tempat pergi. 
Sakit sama dirasakan sakitnya, dan senang sama dipanjatkan syukurnya."